Archive

Please reload

Tags

Bantuan segera diperlukan

December 28, 2017

Tindakbalas Kemanusiaan Aman Palestin terhadap Kecederaan di Gaza

 

15 syahid dan ribuan lagi yang tercedera di Hospital Gaza telah membuatkan Aman Palestin terpanggil untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan di Palestin sejak keputusan Trump dalam mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara haram Israel.

 

Aman Palestin cawangan Palestin dengan kerjasama Assalama Charitable Society bagi yang tercedera telah melawat mereka yang mengalami kecederaan di Hospital Gaza dan menyediakan keperluan perubatan untuk mereka dan keperluan lain yang diperlukan oleh doktor serta kit kebersihan seperti bungkusan yang disediakan untuk keluarga yang tercedera.

 

Jumlah mereka yang tercedera di Palestin telah melebihi 3,000 orang sejak sejak keputusan Trump dalam mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara haram Israel. Gaza telah menyaksikan lebih 500 kes dan lebih 119 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala 14 yang lain dalam keadaan yang kritikan di ICU.

 

Aman Palestin, melalui Assalama Charitable Society menyediakan bantuan-bantuan berikut untuk membantu mereka yang mengalami kesakitan dan kes-kes di hospital tersebut:

- tongkat untuk berjalan
- Kerusi roda
- Lampin
- Alat pencegahan
- Paket kecemasan
- Bekalan perubatan
- Keperluan serta ubat-ubatan bagi pesakit

 

 Bagaimana jika keadaan merosot?

Jika keadaan merosot, jumla mereka yang tercedera akan lebih meningkat dan kemungkinan juga berlaku peningkatan keperluan ubat-ubatan. Hal tersebut memerlukan bantuan yang banyak untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan terutamanya mereka yang mengalami kecederaan dengan menyediakan kelengkapan asas keluarga dan bungkusan kecemasan.

 

 

 

 

#HandsOffJerusalem
#JerusalemIsTheCapitalOfPalestine
#AmanPalestin

Please reload

Recent Posts

January 6, 2018

January 5, 2018

Please reload

Ikuti

Hubungi

No. Tel: +603-8926 7019

No. Faks: +603 8925 9963

Alamat

No1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor

©2017 by Aman Palestin Berhad