Recent Posts

Archive

Tags

Rang undang-undang Israel yang menggigit

Rakyat Palestin dikejutkan lagi dengan satu pelan terbaru Zionis Israel dalam merangka Rang Undang-undang dalam mengusir rakyat Palestin yang menduduki penempatan di kawasan penempatan haram Israel.  

Hal tersebut dilaporkan pada Isnin yang lalu dan menyatakan rang undang-undang tersebut diwujudkan untuk memisahkan kediaman rakyat Palestin daripada Baitulmaqdis (Jerusalem). Rang Undang-undang tersebut diusulkan oleh Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet dan mantan menteri Penyerapan Imigran Israel, Ze'ev Elkin. Ia disahkan oleh ahli Knesset pada tahun 2017 serta persatuan baru juga telah ditubuhkan untuk memudahkan gerak kerja mengusir rakyat Palestin daripada Jerusalem serta mengurangkan populasi penduduk Palestin. Rang Undang-undang tersebut memerlukan 80 daripada 120 undian ahli Knesset termasuk undian daripada Palestinian Authority (PA). Antara kawasan yang terlibat dalam pengusiran rakyat Palestin adalah Kafr Akab, kem pelarian Shuafat dan bahagian Walaja, Sawahra dan a-sheik Sa'ad. Sumber: Middle East Eye #JommenyumbangRM50 #AmanPalestin