top of page

Baitul Maqdis bukan untuk dijual

Jurucakap kepada Perdana Menteri Palestin Mahmoud Abbas memberi maklum balas kepada kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph dengan menyatakan penegasan bahawa Jerusalem bukan untuk dijual. Kenyataan balas ini dibuat apabila Trumph mengugut untuk mengurangkan bantuan tahunan kepada Pihak Berkuasa Palestin. Ugutan tersebut telah dibuat oleh Trumph dalam twiternya bahawa US akan mengurangkan bantuan tahunan kepada Palestin sebanyak $300 Juta Dolar akibat daripada tindakan rakyat Palestin yang tidak menghormati dan menghargai tindakannya. Trumph turut menyatakan bahawa rakyat Palestin tidak mahu melakukkan rundingan perjanjian damai ke atas Israel. Akibat daripada tindakan tersebut, Us tidak perlu memberikan bantuan kepada Palestin di masa akan datang. Kenyataan Trumph tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestin. Bumi Palestin bukan untuk dijual, bukan emas mahupun perak. Sekiranya Amerika Syarikat ingin bercakap soal kedamaian dan kepentingannya, peraturan mestilah dipatuhi. (Nabil Abu Rudainah) Hanan Ashrawi, Eksekutif Kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan bahawa rakyat Palestin tidak akan "diperas ugut". #AmanPalestin #JomMenyumbangRM50 


bottom of page