top of page

Serangan rejim pengganas Israel ke atas Gaza

Tentera pengganas Israel telah melancarkan serangan yang mensasarkan beberapa kawasan di Semenanjung Gaza ketika tengah malam mengikut waktu Palestin. Serangan daripada pengganas Israel ini untuk mengekang serangan balik pejuang Palestin ke atas rakyat Israel. Serangan tersebut mensasarkan kawasan infrastruktur yang berskala besar di Gaza. Kawasan yang menjadi sasaran serangan: 1. Ladang Pertanian: 4 peluru berpandu dan 1 peluru meriam dilepaskan di kawasan Timur, Rafah. 2. 2 peluru berpandu dilancarkan ke kawasan pertanian utara, timur bandar Rafah. Dilaporkan bahawa, berlaku kerosakan rumah kediaman penduduk Palestin di kawasan terlibat namun tidak ada kecederaan berlaku. #GazaUnderAttack #AmanPalestin 


bottom of page